fb fb fb fb fb

Produk minyak sawit 'laku' di China

Datuk Seri Fadillah Yusof menandatangani plak Perkhidmatan Akreditasi Kebangsaan China untuk Penilaian Pematuhan (CNAS) dan akreditasi Badan Pemeriksaan serta Kelulusan Mandatori Makmal (CMA) China

SHANGHAI, 13 November- Produk berasaskan minyak sawit semakin mendapat permintaan tinggi di China.

Ini setelah masyarakat di negara itu secara perlahan-lahan mula beralih menggunakan produk halal dan sihat, khususnya bagi komuniti Islam.

Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata peluang tersebut perlu dimanfaatkan sepenuhnya dengan beberapa pendekatan akan dilaksanakan dalam masa terdekat.

Beliau menyatakannya dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat di Institut Penyelidikan dan Perkhidmatan Teknikal Kelapa Sawit, Lembaga Minyak Sawit Malaysia (PORTSIM) China.

Di PORTSIM, Timbalan Perdana Menteri turut menandatangani plak Perkhidmatan Akreditasi Kebangsaan China untuk Penilaian Pematuhan (CNAS) dan akreditasi Badan Pemeriksaan serta Kelulusan Mandatori Makmal (CMA) China.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE