JELEBU, 3 Disember- Tindakan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) memanggil semula kenderaan keluaran syarikat pengeluar kereta terlibat untuk diperiksa bagi memastikan keselamatan kenderaan terutamanya ketika berada di jalan raya.
Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook berkata, panggilan semula atau 'product recall' itu merupakan pengumuman rasmi dari JPJ kepada pemilik kenderaan terlibat.
"Kita menetapkan syarat supaya pemilik kenderaan yang dipanggil perlu memaklumkan kepada JPJ, disebabkan jabatan ini membuat pengumuman tersebut.
"Ini merupakan prosedur biasa, kalau dahulu syarikat masing-masing akan membuat pengumuman untuk minta panggil semula kenderaan, jadi pengumuman itu mungkin kurang berkesan kerada ada pemilik kenderaan tidak mematuhinya," katanya.
Beliau berkata demkian pada Majlis Perasmian Penutup Program Mylesen Peringkat Negeri Sembilan Tahun 2024, di Dewan Besar Kuala Klawang di sini.
Dalam pada itu setiap pemilik kenderaan perlu peka dengan pengumuman berkaitan perkara itu dan menghantar semula kenderaan ke bengkel ditetapkan oleh syarikat kerana kos tersebut akan ditanggung syarikat terbabit.
Dalam perkembangan lain menerusi program MyLesen, seramai 2,239 telah berjaya memiliki lesen memandu kelas B2 (motosikal) dan Lesen PSV (e-Hailing) bagi tahun ini di Negeri Sembilan.
Sementara itu seramai 35,000 golongan B40 telah memiliki Lesen Memandu Malaysia (LLM) kelas B2, PSV dan GDL untuk tempoh sama.