KUALA LUMPUR, 3 Disember- Seramai 70,654 penduduk daripada 21,369 keluarga terjejas banjir direkodkan di seluruh negara setakat pukul 6.00 petang tadi, menurut Info Bencana JKM.
Jumlah itu berkurangan daripada 93,532 penduduk daripada 28,167 keluarga terjejas banjir setakat pada pukul 9.00 pagi tadi,
Di Kelantan, seramai 43,801 penduduk daripada 14,004 keluarga terjejas akibat banjir berteduh di 97 PPS di enam daerah negeri itu.
"Pasir Mas mencatat jumlah penduduk tertinggi yang terjejas akibat banjir, dengan 22,605 penduduk daripada 7,413 keluarga. Sebanyak 45 PPS aktif di daerah berkenaan.
"Ini diikuti oleh Tumpat dengan 20,499 penduduk daripada 6,414 keluarga, di mana 46 PPS masih beroperasi.
"Daerah lain yang turut terjejas ialah Bachok (329), Kota Bharu (403), Pasir Puteh (47) dan Tanah Merah (55)," menurut kemas kini Info Bencana JKM.
Dalam pada itu, di Terengganu pula, seramai 17,982 penduduk daripada 4,609 keluarga masih terjejas akibat banjir di negeri itu.
Menurut Bencana Operasi APM Terengganu, sebanyak 75 PPS masih diaktifkan di seluruh negeri itu.
Dungun mencatatkan jumlah penduduk terjejas paling ramai, dengan 6,525 orang daripada 1,599 keluarga.
Sementara itu, di Johor, seramai 1,094 orang daripada 313 keluarga terjejas akibat banjir di dua daerah negeri itu, setakat ini.
Menurut Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri, 21 PPS telah dibuka di Segamat dan Tangkak.
Di Kedah, seramai 6,902 penduduk daripada 2,185 keluarga terjejas dengan banjir.
35 PPS masih diaktifkan di lima daerah terjejas negeri jelapang padi itu.
Sementara, di Perak mencatatkan seramai 642 penduduk terjejas diikuti Melaka (172) dan Pahang (12).