fb fb fb fb fb

PRN: UMNO ada pendekatan tertentu santuni pengundi parti - Ahmad Zahid

MACHANG, 20 Mei - UMNO mempunyai pendekatan tertentu dalam menyantuni pengundinya untuk menyokong parti komponen dalam Kerajaan Perpaduan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri akan datang.

Presidennya Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata perkara sama pernah dilakukan UMNO di dalam Barisan Nasional (BN) dan kali ini ia dilakukan atas dasar kebersamaan parti-parti yang mendukung Kerajaan Perpaduan.

UMNO mengakui bukan tugas mudah untuk meyakinkan akar umbi dalam memberi sokongan kepada rakan kompenan parti lain yang membentuk Kerajaan Perpaduan.

“Dahulu pengundi-pengundi UMNO, ertinya pengundi BN turut menyokong calon-calon daripada MCA, MIC, serta parti-parti (komponen) lain yang ada dalam BN.

“Kaedah yang sama digunakan bukan kerana nama parti, tetapi atas rasa kebersamaan parti-parti yang ada dalam Kerajaan Perpaduan,” kata Pengerusi BN itu.

(Zahid ditemui media selepas menghadiri Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Felcra Berhad
di Bukit Tiu, di sini/FOTO BERNAMA)

Hadir sama, Pengerusi Felcra Berhad yang juga Pengerusi Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub.

Mengenai senarai calon bagi enam PRN itu, Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata parti itu telah mempunyai senarai pendek calon, selepas perbincangan diadakan bersama Pengerusi Perhubungan BN di enam negeri terbabit.

Enam negeri yang akan mengadakan PRN tahun ini ialah Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Kedah, Kelantan dan Terengganu.
 

Media Baharu