fb fb fb fb fb

Jangan poitikkan isu bekalan elektrik di Sabah

KOTA BELUD, 20 Mei- Kerajaan Sabah serius menangani isu bekalan elektrik di negeri ini yang mengalami gangguan akibat permintaan tinggi susulan fenomena cuaca panas yang melanda negara ketika ini.

Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Hajiji Noor menjelaskan, taklimat menyeluruh telah dilaksana bersama pihak Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) berhubung penyelesaian gangguan bekalan itu.

Menerusi taklimat tersebut, beliau berpuas hati dengan langkah dan tindakan yang akan diambil pihak SESB.

"Kita serius untuk mengatasi masalah bekalan tenaga elektrik ini di Sabah.

"Saya berharap, rakyat kita jangan politikkan isu ini. Insya-Allah dalam masa terdekat ini kita boleh selesaikan kerana penyelesaian yang saya dimaklumkan pihak SESB cukup baik," kata Hajiji selepas menghadiri Majlis Rahmah Mesra Aidilfitri dan Kaamatan DUN N.9 Tempasuk di sini.

(Datuk Seri Panglima Hajiji berkata Jangan poitikkan isu bekalan elektrik di Sabah)

Media Baharu