KUALA MUDA, 20 Mei-Kerajaan disaran lebih serius bagi memperkasakan golongan belia berkelulusan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET).
Ahli Parlimen Sungai Petani Dr Mohammed Taufiq Johari berkata, selain kerajaan, pihak industri juga perlu memainkan peranan memperkasakan TVET yang merupakan aset negara pada masa depan.
Jelasnya terdapat banyak institusi kemahiran di Sungai Petani seperti Institut Kemahiran Mara IKM dan Kolej Vokasional yang menawarkan latihan dan kemahiran TVET untuk direbut golongan berkenaan.
"Kita akan memperkenalkan Tahfiz TVET berasaskan Al-Quran. Kita akan beri peluang buat mereka untuk bersama-sama.
"Selain itu, saya juga akan turut bertemu dengan pihak penjara agar tidak pinggir 'Orang Kena Tuduh' (OKT) dan anak muda yang melakukan kesalahan agar kita dapat bersama-sama dalam program ini", katanya ketika ditemubual secara langsung program Turun Padang Selamat Pagi Malaysia Kedahfm atau TUPA SPM di sini.
(Ahli Parlimen Sungai Petani Dr Mohammed Taufiq Johari/FOTO RTM)