fb fb fb fb fb

Kes kasar bayi, pengasuh taska didakwa esok

(Foto Hiasan)

JOHOR BAHRU, 20 Mei- Pengasuh sebuah taska swasta di Mutiara Rini di sini yang direman bagi membantu siasatan mengasari dua bayi akan didakwa esok.

Menerusi kenyataan Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata wanita berusia 21 tahun itu akan dibawa ke Mahkamah Sesyen Johor Bahru bagi pertuduhan Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.

"Rakaman video kejadian dibuat seorang guru taska melalui telefon bimbit miliknya.

"Kesalahan memperuntukkan denda maksimum RM50,000 atau penjara maksimum 20 tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

"Dua video berdurasi 48 dan 39 saat berkenaan tular di media sosial Isnin lalu.

"Suspek direman sejak 16 Mei lalu," katanya.


(Foto Hiasan)

Media Baharu