fb fb fb fb fb

PRN : Pembahagian kerusi BN-PH 90 peratus selesai

(FOTO FAIL)

REMBAU, 17 Jun-Pembahagian kerusi antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Negeri (PRU DUN) bagi enam negeri telah 90 peratus selesai .

Menurut Timbalan Pengerusi Barisan Nasional BN, Datuk Seri Mohamad Hasan, setakat ini, hanya terdapat satu atau dua kerusi yang masih belum diputuskan dan perlu mendapat keputusan melalui rundingan jawatankuasa atau Majlis Presiden.

"Hampir 90 peratus sudah selesai.

Cuma ada satu atau dua kerusi yang akan kita rujuk kepada jawatankuasa atau Majlis presiden.

"Biar presiden parti yang berunding di peringkat jawatankuasa", katanya kepada pemberita pada Majlis Mesyuarat Agong Persatuan Veteran Angkatan Tentera (PVATM) Cawangan Rembau Kali Ke-47 di sini.


Tambahnya, setiap parti sudah boleh memulakan gerak kerja bagi menghadapi PRU DUN berikutan ada di antara kerusi yang telah dimuktamadkan, di samping pembubaran DUN yang dijangka pada hujung bulan ini.


(Timbalan Pengerusi Barisan Nasional BN, Datuk Seri Mohamad Hasan)

Media Baharu