SUNGAI PETANI, 17 Jun- Projek penyelenggaraan kecil dengan nilai RM1 juta, boleh dilaksanakan terus di peringkat negeri atau daerah, berkuat kuasa serta merta.
Pejabat daerah juga terus diperkasakan melalui inisiatif baharu tersebut bagi mempercepat pelaksanaan projek prasarana rakyat.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan, peruntukan khusus sebanyak RM100,000 disediakan kepada pejabat daerah untuk menyegerakan projek pembaikan kecil .
Pada masa sama Anwar turut membuka ruang kepada semua pejabat daerah untuk mengemukakan permohonan untuk pertimbangan dan kelulusan paling lewat Jumaat ini.
"Apa sahaja yang diperlukan di peringkat pejabat daerah untuk memastikan pemerkasaan pejabat daerah itu dalam usaha bukan sahaja melaksanakan projek yang akan dipantau oleh Ketua Pengarah Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) kerana telah diberikan tugas seperti yang pernah ditugaskan sebelum ini.
"Sekiranya permohonan diterima pada Sabtu, ia akan ditolak. Maknanya ada beberapa hari lagi untuk menghantar permohonan tersebut dan dalam masa yang singkat saya akan pastikan kelulusan wajar diberikan," katanya semasa merasmikan Penutup Konvensyen Pembangunan dan Kesejahteraan Rakyat: ‘Pembangunan MADANI, Rakyat Disantuni’ di Dewan Perdana, UiTM Cawangan Kedah di Sungai Petani, Kedah, petang tadi.
Konvensyen anjuran Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU JPM) itu diadakan selama dua hari yang berakhir hari ini turut dihadiri Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali.
(Anwar Ibrahim)