PRN Melaka: PH perhebat komunikasi dengan rakyat


Naib Presiden PKR, Datuk Seri R. Ramanan

MACHAP JAYA, 31 Oktober – Pakatan Harapan (PH) yakin perkembangan ekonomi negara dan kestabilan politik semasa mampu memberi kelebihan kepada gabungan itu dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16 pada 14 November ini.

RINGKASAN BERITA AI
  • Turun padang untuk menjelaskan pencapaian dan perancangan kerajaan supaya maklumat sampai kepada rakyat dengan berkesan.
  • Menambah baik pendekatan komunikasi di peringkat akar umbi agar masyarakat memahami usaha dan manfaat inisiatif kerajaan.
  • Pergiat usaha mendekati pengundi, terangkan perancangan serta inisiatif kerajaan bagi menghadapi kemungkinan dalam lanskap politik.

Naib Presiden PKR, Datuk Seri R. Ramanan berkata, pencapaian Kerajaan MADANI sepanjang hampir empat tahun mentadbir negara, termasuk pengukuhan nilai ringgit dan kemasukan pelaburan asing, perlu disampaikan secara berkesan kepada rakyat sepanjang tempoh berkempen.

“Kita perlu turun padang untuk menjelaskan kepada rakyat apa yang telah kita laksanakan dan perancangan kita untuk mereka. Penyampaian maklumat amat penting bagi memastikan segala pencapaian dan usaha kerajaan sampai kepada rakyat.

“Jika maklumat ini tidak disampaikan dengan baik, rakyat mungkin tidak mengetahui apa yang telah dilaksanakan. Sebab itu, pendekatan komunikasi di peringkat akar umbi perlu ditambah baik,” katanya kepada pemberita di sini.

Mengulas cabaran menghadapi PRN Melaka yang dianggap sebagai kubu kuat Barisan Nasional (BN), beliau berkata landskap politik sentiasa berubah dan pelbagai kemungkinan boleh berlaku dalam pilihan raya.

Justeru, katanya, PH perlu mempergiat usaha mendekati rakyat bagi menjelaskan perancangan serta inisiatif kerajaan yang bertujuan memberikan manfaat kepada mereka.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.