PMK perkukuh hubungan kerajaan dengan rakyat

Foto RTM

LABUAN, 31 Oktober – Hubungan kerajaan dengan rakyat diperkukuh menerusi Program MADANI Kita (PMK) Bersama Komuniti yang menjadi platform penyampaian maklumat, perkhidmatan dan inisiatif kerajaan secara langsung kepada masyarakat.

RINGKASAN BERITA AI
  • Pendekatan turun padang memastikan inisiatif kerajaan benar-benar sampai kepada golongan yang memerlukan.
  • Kerajaan bertanggungjawab bukan sekadar mengumumkan bantuan tetapi memastikan pelaksanaannya memberi manfaat kepada rakyat.
  • Agensi kerajaan perlu peka terhadap isu dan aduan masyarakat serta mengambil tindakan sewajarnya.
  • PMK Bersama Komuniti Labuan menawarkan pameran, sesi libat urus, Jualan Rahmah, sumbangan Bakul Rahmah dan senam harmoni, dihadiri hampir 5,000 pengunjung.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Hannah Yeoh berkata, pendekatan turun padang penting bagi memastikan setiap inisiatif kerajaan benar-benar sampai kepada golongan yang memerlukan.

“Tanggungjawab kerajaan bukan sekadar mengumumkan bantuan atau menyediakan peruntukan, sebaliknya memastikan pelaksanaannya memberi manfaat kepada rakyat,” katanya.

Beliau menyatakannya ketika berucap pada Majlis Perasmian PMK Bersama Komuniti Labuan di Dewan Arena Perbadanan Labuan, di sini.

Hannah turut menegaskan, agensi kerajaan juga perlu peka terhadap isu serta aduan masyarakat dan mengambil tindakan sewajarnya bagi menyelesaikan permasalahan yang dibangkitkan.

Mengenai PMK Bersama Komuniti Labuan, beliau berkata, pelbagai pengisian disediakan termasuk pameran dan sesi libat urus bersama agensi kerajaan, Jualan Rahmah MADANI, sumbangan Bakul Rahmah dan senam harmoni.

Hampir 5,000 pengunjung daripada pelbagai lapisan masyarakat menghadiri program berkenaan.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.