(Foto Bernama)
BANTING, 2 Julai- Perbincangan agihan kerusi antara Pakatan Harapan (PH) dengan Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor sudah dimuktamadkan.
Pengerusi PH Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari menyerahkan kepada pucuk pemimpin parti kedua-dua gabungan untuk membuat keputusan selanjutnya.
"Pengagihan sudah selesai...selesai bagi kami, tetapi di peringkat pusat mereka berbincang Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi," katanya.
(Datuk Seri Amirudin Shari)
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan Taman Tema Air Splash Mania, di sini hari ini.
Dalam pada itu, selaku Menteri Besar Selangor, Amirudin yakin sasaran lebih 25 juta pelancong mengunjungi Selangor pada tahun depan dapat dicapai.
Ia berdasarkan prestasi dan pontensi semasa negeri itu.
Pembukaan Taman Tema Air Splash Mania, satu tarikan baharu yang bakal memberi pilihan kepada pengunjung mengunjungi Selangor.