SEREMBAN, 2 Julai- Sektor korporat perlu membuka lebih banyak peluang untuk golongan belia terlibat dalam bidang Institusi Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET).
Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Adam Adli Abd Halim berkata, golongan belia perlu diberi peluang dan pendedahan kepada bidang itu bagi memacu industri tersebut.
"Sekarang bukan alternatif TVET tidak terhad hanya pada automotif saja, dia banyak multimedia, sekarang adalah dianggap salah satu bidang yang perlukan tenaga mahir.
"Jadi ini dunia baharu kekalkan pekerjaan sedia ada. Tapi sekarang baru sesuai cabaran zaman dan perkembangan teknologi dan harap TVET diberi perhatian serius menerusi IKBS, IKBN. Banyak dikembangkan menepati sasaran. Sebab itu diwujudkan juga media kursus automotif dan kursus lain yang dapat mengisi keperluan pasaran sekarang," kata Adam kepada pemberita selepas merasmikan majlis pelepasan peserta Program TVET Belia Malaysia-China di sini.
Seramai 20 belia berkemahiran TVET bawah Projek Belia Mahir menjadi kumpulan pertama yang akan menjalani latihan asas teknologi kenderaan elektrik (EV) selama dua minggu di Kolej Politeknik Tangshan, Beijing.
Semua kos latihan termasuk makanan dan pengangkutan dibiayai bawah Inisiatif Jalur dan Laluan yang diperkenalkan Presiden China, Xi Jinping.
(Adam Adli berkata Sektor korporat perlu beri peluang golongan belia pacu industri TVET)