fb fb fb fb fb

PRK Pelangai: Kemenangan BN bukti pengundi mahu kerajaan stabil

(Foto BERNAMA)

KUALA LUMPUR, 7 Oktober- Wanita UMNO mengucapkan tahniah kepada calon Barisan Nasional (BN) Datuk Amizar Abu Adam di atas kemenangannya pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Negeri Pelangai.

Menurut Ketua Wanita UMNO, Dr Noraini Ahmad berkata kemenangan itu membuktikan bahawa para pengundi mahukan kerajaan Pahang yang diterajui Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, terus stabil dalam memastikan kebajikan rakyat terus terbela.

"Kemenangan ini juga membuktikan formula kerjasama antara parti-parti di dalam Kerajaan Perpaduan diakui dan diterima oleh rakyat.

"Terima kasih kepada seluruh pengundi Dewan Negeri Pelangai yang terus memberi sokongan dan kepercayaan kepada calon BN untuk memberikan khidmat bakti kepada rakyat.

"Wanita UMNO Malaysia juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada seluruh jentera parti Kerajaan Perpaduan yang telah bertungkus lumus berkempen untuk memastikan kemenangan ini," katanya Noraini menerusi kenyataan.


(Foto BERNAMA)

Berita Berkaitan:
"Terima kasih pengundi Pelangai" - Amizar
BN menang di Pelangai dengan majoriti 2,949 undi
Kemenangan BN bukti Kerajaan Perpaduan semakin diterima rakyat - Ahmad Zahid

Media Baharu