fb fb fb fb fb

Kemenangan BN bukti Kerajaan Perpaduan semakin diterima rakyat - Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR, 7 Oktober- Kemenangan Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Pelangai menunjukkan Kerajaan Perpaduan semakin diterima rakyat Malaysia.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi yang juga Pengerusi BN menerusi hantaran video mengucapkan terima kasih kepada seluruh pengundi Pelangai kerana memberi peluang kepada BN sekali lagi.

"Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada seluruh jentera BN juga rakan-rakan di dalam Kerajaan Perpaduan, jentera daripada negeri-negeri yang banyak membantu terutamanya jentera-jentera akar umbi di Pusat Daerah Mengundi (PDM) dan tidak dilupakan kepimpinan UMNO Bahagian Bentong yang dipandu oleh Pemangku Ketua UMNO Bahagian, Datuk Seri Mohamad Zaini Salleh serta seluruh jawatankuasa empat peringkat yang banyak menyumbang kepada kemenangan ini," kata Ahmad Zahid.

Datuk Amizar Abu Adam meraih 7,324 undi dengan majoriti sebanyak 2,949 undi.


(Foto Zahid Hamidi)

Media Baharu