fb fb fb fb fb

PRK Parlimen Kemaman perintis sistem pengurusan pilihan raya baharu - SPR

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Ghani Salleh (tiga, kanan) ketika melawat Pusat Mengundi Sekolah Menengah Kebangsaan Geliga / Foto Bernama

CHUKAI, 2 Disember - Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kemaman menjadi perintis kepada sistem pendigitalan petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Ghani Salleh berkata sistem yang julung kali diperkenal SPR itu berupaya menambah baik sistem pilihan raya di negara ini sekali gus mempercepat keputusan pengundian diumumkan.

"Sistem baharu ini kita akan beritahu kemudian kerana ini kali pertama kita meneliti semua maklumat itu dalam sistem kita dan lihat kelancaran dahulu, sebab sebelum ini pegawai pembimbing kita yang masukkan data-data, jadi ini kali pertama, kalau berjaya nanti Insya-Allah (akan umum).

"Kita ada sistem yang baharu ini, jadi Insya-Allah kita akan tahu keputusan lebih awal tetapi dari segi undang-undang kena tunggu peti undi sampai ke pusat penjumlahan undi," katanya kepada pemberita selepas melawat proses pengundian di Sekolah Menengah Kebangsaan Geliga, di sini.

Tambah Abdul Ghani, SPR bagaimanapun masih belum menamakan secara rasmi sistem baharu itu.

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN