fb fb fb fb fb

Penumpuan angin dijangka berlaku di Pantai Timur, Utara Semenanjung - MetMalaysia

Foto Hiasan

KUALA LUMPUR, 2 Disember - Penumpuan angin yang boleh menyebabkan peningkatan kelembapan, dijangka berlaku di Pantai Timur dan utara Semenanjung sehingga esok (Ahad).

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia)memaklumkan, berdasarkan analisis model cuaca mendapati keadaan itu berpotensi membawa hujan berterusan di kawasan terbabit.

Pada masa sama, memaklumkan, Amaran Hujan Berterusan pada tahap buruk dan waspada melibatkan Kelantan, Terengganu, Pahang, Kedah dan Perak, telah dikeluarkan sehingga 3 Disember.

Sementara itu, di negeri-negeri lain, ribut petir serta hujan lebat dan angin kencang berpotensi berlaku pada sebelah petang hingga malam.

"Orang awam dinasihatkan untuk sentiasa merujuk laman web www.met.gov.my dan semua media sosial rasmi MetMalaysia, serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat yang terkini dan sahih," kata MetMalaysia.

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN