SEPANG, 2 DISEMBER- Lebih banyak penganjuran bengkel dicadangkan bagi menghasilkan kandungan yang menerapkan nilai-nilai Islam.
Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil berkata inisiatif tersebut bertujuan untuk mengasah bakat dalam menghasilkan kandungan berunsur Islamik yang lebih menarik dan diminati ramai.
"Hasil daripada panel ini, ada beberapa idea. Jadi, saya sendiri nampak,mungkin kita boleh usahakan sama ada melalui Dana Kandungan Digital ataupun agensi seperti MyCreative Ventures dan Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC). Jadi ada beberapa perkara yang mungkin boleh diterapkan ke depan", katanya.
Beliau berkata demikian kepada media selepas menjadi panel pada World Quran Convention pagi tadi.
Pada konvensyen tersebut, Fahmi bersama tiga orang panel jemputan bertukar pandangan menerusi sesi perbincangan bertajuk " Reveal Wisdom and Creative Media".