fb fb fb fb fb

PRK DUN Jepak: SPRM lancar bilik gerakan

KUALA LUMPUR, 21 Oktober - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) melancarkan bilik gerakan bermula hari ini hingga 4 November sempena Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (PRK DUN) Jepak.

Menerusi kenyataan pada Sabtu, suruhanjaya itu memaklumkan
langkah tersebut bagi memudahkan orang ramai menyalurkan maklumat serta aduan berkaitan perbuatan rasuah dan salah guna kuasa sepanjang tempoh pilihan raya berlangsung.

"Kesemua bilik gerakan beroperasi 24 jam mulai hari ini hingga 4 November," katanya.

Bilik gerakan ditempatkan di SPRM Cawangan Bintulu, Tingkat 2, Wisma Persekutuan Fasa II, Jalan Tun Razak, Bintulu, Sarawak.

Orang ramai juga boleh menyalurkan sebarang aduan rasuah dan salah guna kuasa melalui emel kepada Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. atau menghubungi talian 086-316200.

Dalam pada itu, SPRM juga mengingatkan kepada semua calon dan parti politik yang bertanding agar tidak melakukan aktiviti-aktiviti yang boleh melanggar undang-undang dan peraturan pilihan raya selaras dengan Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 dan Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.

Media Baharu