ISKANDAR PUTERI, 21 Oktober - Jabatan Alam Sekitar (JAS) mengingatkan kepada orang ramai agar membuang E-waste (sampah elektronik) ke tempat yang lebih selamat.
Ketua Pengarah Alam Sekitar, Datuk Wan Abdul Latiff Wan Jaffar berkata sisa elektronik perlu dilupuskan dan dikitar semula di lokasi yang dilesenkan JAS.
"Bila tak nak pakai, ia (sisa elektronik) perlu dilupuskan secara selamat, dikitar semula, dan sebagainya, di tempat yang dilesenkan, oleh JAS.
"E-waste (sampah elektronik) tidak boleh dibuang di pusat pelupusan sampah biasa , ianya perlu dilupuskan di tempat yang dilesenkan oleh JAS, dan ia merupakan satu kesalah sekiranya dibuang merata-rata tempat," katanya.
Beliau berkata demikian semasa menghadiri Sambutan Hari Alam Sekitar Kebangsaan 2023 di Iskandar Puteri, yang dirasmikan Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah.
Raja Zarith Sofiah turut berkenan, menyampaikan Anugerah Rakan Alam Sekitar kepada lima kluster, iaitu Kluster Institusi, Agensi, Industri, Komuniti, Sekolah, dan Kampus.
Rakan Alam Sekitar memainkan peranan penting, dalam melaporkan aktiviti pencemaran alam sekitar, bagi membolehkan tindakan segera diambil pihak berkuasa.
Sampah elektronik perlu dilupus ditempat yang selamat
powered by social2s