RIYADH, 22 Oktober- Malaysia komited akan terus menyuarakan mengenai sentimen Gaza di peringkat dunia.
Tegas Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, hal berkaitan keganasan dan pembunuhan di Palestin ketika ini lebih utama, berbanding risiko.
"Cuma pendirian tidak hanya disuarakan oleh satu, dua pendapat nampaknya semua negara beri pendapat sama. Ada suatu konsensus, bukan soal kemanusiaan di Gaza tetapi tempiasan dalam politik masa depan antarabangsa," katanya ketika bercakap demikian pada sidang media bersama wartawan Malaysia di Riyadh.
Malah, menurut Anwar, Malaysia tidak bersendirian dalam membawa isu Palestin.
"Saya sempat bincang dengan negara ASEAN, dan beberapa pemimpin dunia, semua dapat kata sepakat penyelesaian. Kita akan bincang dengan mereka, tentunya di negara lain saya telah menelefon ramai pimpinan negara. Harus ada kesepakatan dalam membuat keputusan," kata Anwar.
Anwar seterusnya menamatkan lawatan rasmi tiga hari di Arab Saudi bersempena Sidang Kemuncak ASEAN-Majlis Kerjasama Teluk (GCC).
Beliau kemudiannya berlepas ke Ankara, Turkiye untuk mengadakan pertemuan dengan Presiden, Reccep Tayyip Erdogan.
