fb fb fb fb fb

Prihatin belia: Pelbagai inisiatif diumum termasuk aspek perumahan, perniagaan- Ismail Sabri

(Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyampaikan hadiah utama cabutan bertuah
berupa sebuah motosikal jenis Yamaha Y16 kepada pemuda Orang Kurang Upaya (OKU) Tangan, Mohd Khairi Zulkipli, 29,
(tiga, kanan) pada program Moh Wei 2 Wheel Motorsport@Bera di pekarangan Dewan
Konvensyen Majlis Daerah Bera pada Ahad/BERNAMA)


BERA, 31 Oktober- Pelbagai bantuan serta inisiatif kepada golongan belia termasuk aspek perumahan dan perniagaan telah diumum dan dilaksana.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri berkata, banyak yang telah diumumkan kerajaan untuk pinjaman-pinjaman mudah kepada golongan belia.

"Dari segi perniagaan untuk Mobilepreneur, pembiayaan modal kepada usahawan, perkhidmatan penghantaran menggunakan motosikal. diluluskan semula.

"Kerajaan yang memerintah sebelum ini kebanyakan pembiayaan dinbatalkan., sekarang kita kembalikan usahawan boleh memohon untujk mendapatkan motosikal untuk digunakan untuk perniagaan.," katanya.

Beliau berkata, bagi belia yang tidak mempunyai slip gaji untuk membuat pinjaman pembelian rumah, kerajaan turut mengumumkan pelaksanaan Skim Jaminan Kredit Perumahan (SJKP).

Katanya, melalui inisiatif itu, kerajaan akan menjadi penjamin pinjaman bagi membolehkan belia terlibat berpeluang memiliki rumah sendiri.

(Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tururt menyaksikan persembahan aksi ‘stunt’
bermotosikal oleh penunggang profesional Gaban Salleh pada program Moh Wei 2
Wheel Motorsport@Bera di pekarangan Dewan Konvensyen Majlis Daerah Bera)


Ismail Sabri berkata demikian ketika berucap pada program Moh Wei 2 Wheel Motorsport@Bera di Dewan Konvensyen Majlis Daerah Bera.

Ujar beliau, kerajaan juga peka dengan minat golongan muda termasuk dalam sukan permotoran.

Ini dapat dilihat menerusi pengumuman peruntukan RM20 juta untuk membina litar drag termasuk di Bera bagi menggalakkan belia menyertai sukan permotoran menerusi platform yang tepat.

"Ia termasuk dalam bajet dan bajet akan dibentang semula kerana ia belum diluluskan disebabkan parlimen bubar, Jadi kalau saya diberikan peluang sekali lagi untuk mengetuai kerajaan yang baharu nanti Insyallah bajet akan diluluskan dan mulai awal tahun depan kita akan boleh mula siapkan projek," katanya.

Media Baharu