fb fb fb fb fb

Presiden Vietnam sah letak jawatan

(Nguyen Xuan Phuc/AFP)

HANOI, 18 Januari- Presiden Vietnam, Nguyen Xuan Phuc meletak jawatan selepas Parti Komunis mendapati beliau bertanggungjawab ke atas salah laku sebilangan pegawai di bawah kepimpinannya.

Phuc berkata, keputusan itu diambil selepas beliau sedar dengan tanggungjawabnya dalam menjaga imej parti.

Sebelum ini, khabar angin mengenai peletakan jawatan Phuc bertiup kencang selepas dua timbalan perdana menteri di bawah pemerintahannya dipecat.

Perhimpunan Kebangsaan Vietnam meluluskan perletakan jawatan Phuc pada Rabu, sehari selepas beliau secara mengejut meletak jawatan.

Dalam mesyuarat tertutup daripada media antarabangsa itu, lebih 93 peratus ahli dewan negara mengundi untuk meluluskan peletakan jawatan tersebut.

Setakat ini, partinya tidak memberi sebarang kenyataan rasmi berhubung perkara tersebut dan siapa penggati Phuc juga tidak dinyatakan.

Vietnam tidak mempunyai seorang pemimpin mutlak sebaliknya secara rasminya dipimpin empat individu iaitu setiausaha parti, presiden, perdana menteri dan pengerusi parlimen. -AFP

(Nguyen Xuan Phuc/AFP)

Media Baharu