fb fb fb fb fb

Presiden Republik Singapura tiba di Malaysia

SEPANG, 20 Mac- Presiden Republik Singapura, Halimah Yacob tiba di Malaysia untuk rangka lawatan negara selama tiga hari.

Beliau ditemani suami, Abdullah Alhabshee mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pukul 10.20 pagi menggunakan pesawat komersial.

Ketibaan disambut Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri.

Delegasi turut disertai Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang juga Menteri Kedua Pendidikan dan Hubungan Luar Singapura, Maliki Osman, selain Menteri Perdagangan Dan Industri Singapura, Low Yen Ling.

(Foto fail)

Esok, Presiden Halimah dijadual menghadiri majlis santapan diraja di Istana Negara selain mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ini merupakan lawatan negara pertama beliau ke Malaysia sejak 2013.

Media Baharu