fb fb fb fb fb

DMDI anjur jualan Pra-Ramadan Melaka Madani 2023

AYER KEROH, 20 Mac- Badan bukan kerajaan (NGO), Dunia Melayu Dunia Islam (DMDl) menganjurkan jualan Pra Ramadan Melaka Madani 2023 pada 21 Mac.

Jualan yang berkonsepkan pasar tani itu bakal disertai kira-kira 50 peniaga, termasuk pihak pasar raya dan diadakan di tapak pasar tani Bukit Katil,dari jam 8 pagi hingga 6 petang.

Menurut Biro Ekonomi DMDI, Datin Seri Azreen Abu Noh, program mendapat kerjasama pelbagai agensi termasuk Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA), Jabatan Perkhidmatan Veterinar, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) dan Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB).

Jualan akan mengetengahkan pelbagai barangan ditawarkan pada potongan harga antara lima hingga 20 peratus.


(FOTO FAIL)

"Objektif kedua-dua program ini adalah untuk meningkat keupayaan ekonomi para peniaga dan menstabilkan kos sara hidup rakyat khususnya semasa musim perayaan antara empat teras strategik utama Melaka Madani ini adalah membina semula ekonomi selepas fasa COVID-19," katanya.

Ujar Azreen, pihaknya menyasarkan pulangan jualan sehingga RM200,000.

Beliau berkata demikian pada sidang media di Kota Cemerlang, Ayer Keroh.

Jualan Pra Aidilfitri Melaka Madani 2023 juga bakal diadakan di lokasi dan waktu yang sama pada 20 April depan.

 

Media Baharu