KUALA LUMPUR, 17 November- Presiden Parti Progresif Penduduk (MyPPP), Datuk Seri Maglin Dennis D'Cruz, 67 tahun meninggal dunia di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang pada tengah malam tadi.
Naib Presiden Kanan MyPPP, Datuk Loga Bala Mohan ketika dihubungi mengesahkan perkara tersebut.
"Mendiang yang keluar bersama rakannya mengadu sakit di bahagian dada sebelum di bawa ke hospital.
"Mendiang sempat membincangkan tentang majlis tertinggi yang akan berlangsung pada minggu ini .
"Maglin disifatkan sebagai seorang sahabat yang disenangi ramai dan juga baik hati, prihatin serta suka membantu orang lain," katanya kepada pemberita.
Maglin dilantik sebagai Presiden baharu MyPPP Mac lalu selepas beliau menang tanpa bertanding pada pemilihan parti ketika Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) Ke-67.
Mendiang juga pernah memegang jawatan sebagai Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan pada 2010.