fb fb fb fb fb

MKN laksana pemantauan berterusan, tangani sebarang ancaman gugat keselamatan negara

Ketua Pengarah Keselamatan Negara, Datuk Raja Nushirwan Zainal Abidin

BANDARAYA MELAKA, 17 November- Pemantauan berterusan dilaksana Majlis Keselamatan Negara (MKN) secara menyeluruh melibatkan pelbagai aspek termasuk melalui media sosial.

Ia sebagai usaha menangani sebarang ancaman yang boleh menggugat keselamatan negara.

Ketua Pengarah Keselamatan Negara, Datuk Raja Nushirwan Zainal Abidin mengakui terdapat ancaman diterima negara susulan isu tersebut.

"Kita memantau secara menyeluruh termasuk di media sosial dan sebagainya. Jadi kalau kita lihat satu aspek memang adalahlah, tapi seperti mana yang saya sebut pihak berkuasa dan kerajaan dan perdana menteri sendiri amat prihatin dan dia memberi perhatian peribadi kepada isu ini", katanya.

Malah katanya, kejadian keganasan yang berlaku di Thailand baru-baru ini meningkatkan lagi tahap kesiapsiagaan bagi memastikan ia tidak berlaku di Malaysia.

Beliau ditemui selepas Majlis Perasmian Penutup Seminar dan TTX Eksesais Latih Amal Keselamatan Menyeluruh (Ex Comsec) 2023 di Bandaraya Melaka.

Latih amal berkenaan bagi menguji kesiap siagaan Prosedur Operasi Standard (SOP) dan Pelan Tindak Balas Kecemasan (ERP) melibatkan semua agensi berkaitan jika berlaku sebarang kejadian keganasan.

ROSLINA BINTI DIN