fb fb fb fb fb

Presiden Jokowi mulakan lawatan kerja ke Malaysia

(Kunjungan Jokowi ke Malaysia merupakan kunjungan balas kepada lawatan rasmi
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Indonesia pada 8 dan 9 Januari lalu/JAPEN)

SEPANG, 7 Jun- Presiden Indonesia, Joko Widodo atau lebih dikenali sebagai Jokowi selamat tiba di Kompleks Bunga Raya Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) pada jam 3.40 petang tadi bagi memulakan lawatan kerja beliau ke Malaysia.

Beliau yang diiringi isteri, Iriana Joko Widodo disambut Menteri Luar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dan Duta Besar Republik Indonesia di Kuala Lumpur, Hermono.

Delegasi tertinggi republik itu turut disertai menteri-menteri kabinet dan pegawai-pegawai kanan kerajaan.

Presiden Jokowi kemudian memeriksa kawalan kehormatan setempat terdiri daripada 28 pegawai dan anggota Batalion Pertama Regimen Renjer Diraja yang diketuai Kapten Mohd Nor Zhafran Al-Ahmad.

Kunjungan Jokowi ke Malaysia merupakan kunjungan balas kepada lawatan rasmi Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Indonesia pada 8 dan 9 Januari lalu.

Dalam lawatan ini, beliU akan turut mengadakan pertemuan dengan Anwar bagi menilai kemajuan bidang kerjasama dan membincangkan isu-isu dua hala yang tertunggak.

Selain itu, kedua-dua pemimpin akan menyaksikan pertukaran beberapa perjanjian yang ditandatangani wakil-wakil kementerian dan agensi berkaitan dari kedua-dua buah negara.


(Presiden Jokowi mulakan lawatan kerja ke Malaysia/JAPEN)

Media Baharu