fb fb fb fb fb

Peniaga pakaian mengaku tidak bersalah, lakukan hantaran jelik di media sosial

JOHOR BAHRU, 7 Jun- Seorang peniaga pakaian mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Johor Bahru hari ini atas 10 pertuduhan membuat penghantaran jelik menghina Allah, nabi dan agama Islam di facebook, dua bulan lalu.
 
Tertuduh, Alimuddin Mohd Hayat, 39, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan ke atasnya dibaca secara berasingan di hadapan Hakim Datuk Ahmad Kamal Arifin Ismail dan Hakim VM Mabel Sheela.

Dia didakwa membuat dan melakukan penghantaran komunikasi yang jelik sifatnya dan berbaur penghinaan terhadap Allah, nabi dan agama islam.
 
Semua hantaran itu dimuat naik di facebook menggunakan akaun miliknya, Ali Tikos.

Kejadian itu dilakukan di Rumah Pangsa Awam Larkin di sini pukul 10.00 malam pada 26 April lalu.
 
Dia dituduh mengikut Seksyen 233 (1) (a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) dan boleh dihukum mengikut Seksyen 233 (3) akta sama yang membawa denda RM50,000 atau penjara setahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
 
Kes dikendalikan Timbalan pendakwa raya, Umar faiz Abdul Kohar , Noor Idayu Salim dan S Thiviya manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Kes disebut semula 9 Julai.

(Alimuddin Mohd Hayat di Mahkamah Sesyen Johor Bahru)

Media Baharu