fb fb fb fb fb

IMPAC lahir pelatih kemahiran sektor sawit

KUALA LUMPUR, 7 Jun- Seramai 2,500 pelatih Institut Perladangan dan Komoditi Malaysia (IMPAC) berjaya dilahirkan menerusi program kemahiran bagi sektor sawit setakat 2022.

Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Fadillah Yusof daripada jumlah itu, "860 pelatih telah mendapat pekerjaan dalam sektor perladangan manakala selebihnya terlibat di sektor lain.

"Kementerian dan agensi akan terus giat menjalinkan kerjasama rentas agensi untuk menarik minat golongan belia menceburi sektor perladangan termasuk bidang keusahawanan.

"Ia juga bagi mendapatkan peluang-peluang latihan kemahiran, laluan kerjaya dan kehidupan sebenar di sektor perladangan sekaligus mengurangkan  kebergantungan sektor perladangan kepada pekerja asing," katanya di Dewan Rakyat ketika menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Pasir Salak, Jamaludin Yahya.

IMPAC merupakan Institusi Peneraju Industri bagi sektor agrikomoditi yang berperanan memastikan tenaga kerja mahir atau separa mahir dilahirkan memenuhi keperluan industri.

(Fadillah Yusof/Foto Jabatan Penerangan)

Media Baharu