fb fb fb fb fb

Malaysia kenal pasti dalang pembiaya tuntutan Kumpulan Sulu

KUALA LUMPUR, 7 Jun- Malaysia telah mengenal pasti dalang yang membiayai tuntutan lapan warga Filipina yang mendakwa kumpulan Sulu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Undang-undang dan Reformasi Institusi Datuk Seri Azalina Othman Said memaklumkan, kerajaan mempunyai asas bagi mempercayai tuntutan tersebut bermotifkan kewangan.

"Kita sekarang ni melihat ia lebih kepada elemen membuat duit, dan kita tahu, pembiaya itu selalunya akan mengambil 25 % daripada jumlah pampasan US$15 bilion. Jadi isunya bukan perniagaan, ini bukan syarikat. Ikutkan klausa antarabangsa ini negara, sebuah negara bangsa tidak boleh diperkotak-katikkan sedemikian.

"Bagi pihak kerajaan Malaysia dengan perdana menteri dan menteri yang baru kita melihat seluruh aspek secara holistik, dan Jabatan Peguam Negara yang membantu dalam strategi undang-undang bagi mematahkan tuntutan ini," katanya dalam sidang media di Pusat Dagangan Dunia (WTC) di sini hari ini.

Bagaimanapun, beliau memaklumkan Malaysia berjaya mengenepikan keputusan mahkamah timbang tara Paris berkaitan tuntutan Kumpulan Sulu yang akan memungkinkan pembatalan arahan bayaran pampasan berjumlah hampir US$15 bilion.

Beliau yakin kejayaan itu akan memberi impak positif bagi keputusan di Amsterdam pada 27 Jun ini dan di Luxembourg pada September depan.

(Azalina Othman Said)

Media Baharu