fb fb fb fb fb

Datuk Mohd Zafir Ibrahim setiausaha baharu kerajaan Negeri Sembilan

(Mohd Zafir mengangkat sumpah jawatan pagi tadi di hadapan Menteri Besar, Datuk Seri
Aminuddin Harun dan disaksikan barisan exco)

SEREMBAN, 7 Jun- Setiausaha, Bahagian Pengurusan Strategik Badan Berkanun di Kementerian Kewangan, Datuk Mohd Zafir Ibrahim, 53, dilantik sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan yang baharu, berkuat kuasa semalam.

Berasal dari Tampin, beliau menggantikan Datuk Seri Dr. Razali Ab Malik yang bersara pada 6 Januari lalu.

Mohd Zafir mengangkat sumpah jawatan pagi tadi di hadapan Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun dan disaksikan barisan exco.

Aminuddin berkata, beliau percaya pelantikan itu dapat melancarkan urusan pentadbiran kerajaan negeri terutama menjelang Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Negeri (PRU DUN) akan datang.

(Datuk Seri Aminuddin percaya pelantikan itu dapat melancarkan urusan pentadbiran kerajaan
negeri terutama menjelang Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Negeri (PRU DUN))

"Dapat membantu kita dalam mentadbir dan kita sedia maklum bahawa kita juga akan bubarkan kerajaan negeri dalam masa terdekat ini dan dengan adanya beliau dapat membantu meneruskan agenda dan juga dapat memastikan perjalanan kerajaan dengan baik. Insya-Allah," kata Aminuddin selepas Majlis Angkat Sumpah dan Tandatangan Simpan Rahsia Setiausaha Kerajaan Negeri di Wisma Negeri, di sini.

Zafir Ibrahim merupakan lulusan Ijazah Pengajian Islam (Dakwah dan Kepimpinan), Sarjana Teknologi Maklumat dari Universti Kebangsaan Malaysia dan mengikuti Oxford Advance Management and Leadership Programme di Universiti Oxford.

Beliau berharap dapat memacu jentera perkhidmatan awam di negeri itu sekali gus memastikan kesejahteraan rakyat dipelihara menerusi pelaksanaan visi dan misi kerajaan negeri dan kerajaan pusat.

"Saya mengucapkan terima kasih kepada YAB MBNS atas kepercayaan yang diberikan kepada saya bertugas bawah kepimpinan beliau.

"Saya akan usaha untuk mengetuai jentera perkidmatan awam di Negeri Sembilan ini untuk membantu kerajaan negeri dlbawah kepimpinan YAB Dato Seri khususnya dalam memastikan agenda visi misi inspirasi kerajaan Negeri Sembilan termasuk juga kerajaan Persekutuan dapat kita realisasikan terutamanya dalam memberikan keselesaan dan kesejahteraan kepada rakyat, " tambah beliau.

Media Baharu