fb fb fb fb fb

Aktiviti luar bilik darjah kembali dibenarkan, tertakluk garis panduan, cuaca

(Foto hiasan)

KUALA LUMPUR, 7 Jun- Kementerian Pendidikan (KPM) membenarkan semula pelaksanaan aktiviti luar yang sebelum ini ditangguhkan susulan cuaca panas.

Menerusi laman twitter rasminya, Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan, Dr Norisah Suhaili, berkata kebenaran ini diberi berpandukan Garis Panduan Pelaksanaan Aktiviti Luar Institusi Pendidikan Bawah KPM Semasa Cuaca Panas.

Menurutnya, KPM membenarkan semula aktiviti luar dengan syarat memastikan penjagaan kebajikan, kesihatan dan keselamatan murid, guru serta anggota kumpulan pelaksana ketika berhadapan fenomena cuaca panas terjamin.


(KPM membenarkan semula pelaksanaan aktiviti luar yang sebelum ini ditangguhkan susulan cuaca panas)

Tambahnya, semua institusi pendidikan di bawah KPM yang melaksanakan aktiviti luar bilik darjah perlu memastikan penyertaan murid adalah secara sukarela dan mendapat kebenaran ibu bapa atau penjaga.

Selain itu, murid juga digalakkan memakai pakaian bersesuaian dan berwarna cerah, selain menerangkan kepada mereka langkah pencegahan, simptom dan tindakan rawatan.

Dalam pada itu, beliau juga menegaskan pelaksana juga perlu memantau aktiviti yang boleh mendedahkan murid kepada cuaca panas bagi memastikan kesihatan mereka tidak terjejas selain membenarkan waktu rehat tambahan yang mencukupi.

Kemudahan penyejukan seperti kanopi, ais, tuala basah juga perlu disediakan menerusi garis panduan berkenaan.

Sekiranya suhu cuaca melebihi 35°C, semua aktiviti luar yang sedang berlangsung perlu ditangguhkan.

Media Baharu