fb fb fb fb fb

Presiden Indonesia akhiri lawatan kerja

SEPANG, 8 Jun- Presiden Indonesia, Joko Widodo atau lebih dikenali sebagai Jokowi mengakhiri lawatan kerja dua hari ke Malaysia yang produktif.

Beliau bersama isteri, Iriana dan delegasi berlepas pulang kira-kira pukul 5.40 petang tadi.

Turut mengiringi mereka di Kompleks Bunga Raya KLIA ialah Menteri Luar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dan Duta Besar Indonesia di Kuala Lumpur, Hermono.

Terdahulu, Jokowi memeriksa kawalan kehormatan terdiri daripada 28 pegawai dan anggota Batalion Pertama Regimen Renjer Diraja yang diketuai Kapten Mohd Nor Zhafran Al-Ahmad.

Media Baharu