fb fb fb fb fb

PAU 2023 terima sambutan lebih hebat perwakilan, media

KUALA LUMPUR, 9 Jun- Jumlah kehadiran perwakilan dan pengamal media ke Perhimpunan Agong UMNO (PAU) 2023 menunjukkan peningkatan memberangsangkan berbanding tahun sebelumnya.

Pengarah Komunikasi Strategik UMNO, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata bilangan perwakilan yang hadir meningkat kepada 2,891 orang melibatkan penambahan lebih 100 perwakilan dari 189 bahagian di seluruh negara.

"Saya dimaklumkan bahawa pada kali ini terdapat 531 media yg mendaftar. Terima kasih dan ini adalah merupakan satu sokongan yang hebat.

"Banyak kandungan yang boleh dihasilkan sepanjang perhimpunan agung kali ini," kata Ahmad Shabery ketika berucap bersempena program  Pelancaran Laman Media dan Makan Tengah Hari Bersama Ketua Penerangan UMNO, Datuk Azalina Othman Said di sini.

Ahmad Shabery mewakili Azalina yang terlibat sebagai antara kepimpinan Kerajaan Perpaduan, menyantuni delegasi Presiden Indonesia, Joko Widodo yang melakukan lawatan kerja di Putrajaya.

(Ahmad Shabery bersempena program Pelancaran Laman Media dan Makan Tengahari
Bersama Ketua Penerangan UMNO, Datuk Azalina Othman Said)

Media Baharu