fb fb fb fb fb

Syarikat di Malaysia perlu ada dasar keselamatan siber

(Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil (tengah) ketika Sesi Town Hall Industri Keselamatan Siber di sebuah hotel malam ini/BERNAMA)

KUALA LUMPUR, 8 Jun- Keselamatan siber antara tiga teras utama yang diberi perhatian khusus oleh Kementerian Komunikasi dan Digital.

Menterinya, Fahmi Fadzil berkata dua lagi teras ialah pembangunan infrastruktur dan ekonomi digital.

Beliau menyatakannya dalam sesi dialog awam Industri Keselamatan Siber anjuran CyberSecurity Malaysia di sini malam tadi.


(Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil/BERNAMA)

"Maka hasil pertemuan malam ini, saya lihat ada kewajaran dan keperluan untuk mengadakan perbincangan yang lebih meluas dengan sektor korporat dan juga mungkin melalui badan profesional yang mewakili syarikat-syarikat untuk mewujudkan satu kesedaran bahawa syarikat-syarikat yang ada di Malaysia tidak kira saiznya perlu mempunyai dasar mengenai keselamatan siber", katanya.

Sesi dialog awam itu dihadiri seramai 200 orang pemain industri, bertujuan memantapkan lagi usaha KKD sebagai peneraju pembangunan industri keselamatan siber negara bagi menghadapi cabaran dan ancaman siber yang semakin kompleks.

Ia turut menjadi platform untuk saling bertukar pandangan dan berkongsi pengalaman mengenai isu keselamatan siber.

Turut hadir Timbalan Menteri Komunikasi dan Digital, Teo Nie Ching; Ketua Setiausaha KKD, Datuk Mohamad Fauzi Md Isa; Pengerusi Lembaga Pengarah CyberSecurity Malaysia, Jeneral (B) Tan Sri Zulkifeli Mohd. Zin dan Ketua Pegawai Eksekutif CyberSecurity Malaysia, Datuk Dr Amirudin Abdul Wahab.

Media Baharu