fb fb fb fb fb

MTIB teruskan kecemerlangan, tingkatkan industri perkayuan negara - Fadillah

Foto FB Menteri

KUALA LUMPUR, 8 Jun- Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (MTIB) merekodkan pelbagai kejayaan dalam menerajui industri perkayuan negara dalam tempoh 50 tahun penubuhannya,

Hasil usaha keras bersama pihak industri dilihat berjaya memajukan industri itu sekali gus berkembang ke peringkat lebih tinggi.

Timbalan Perdana Menteri yang juga merangkap Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata kerja keras itu diharap akan berterusan, dalam mendepani cabaran ekonomi global yang tidak menentu.

"Dalam tempoh 50 tahun, nilai eksport kayu dan produk kayu negara telah meningkat 33 kali ganda iaitu RM25.2 bilion pada tahun 2022 berbanding RM749 juta pada tahun 1973.

Hanya empat produk perkayuan yang dieksport pada tahun 1973 berbanding 24 produk yang dieksport ke seluruh dunia sehingga tahun lalu. Jelas sekali, sumbangan sektor ini kepada ekonomi negara amat besar," kata Fadillah dalam ucapannya pada Majlis Malam Apresiasi MTIB (50 Tahun Teguh Seiring Usia) di ibu negara.


(Foto FB TPM)

Antara kejayaan diraih MTIB sepanjang 50 tahun adalah Pembangunan Sistem Jaminan Kesahihan Kayu Kayan Semenanjung Malaysia (MyTLAS) dan Pelaksanaan Program Pengurusan Lean dan Good Manufacturing Practices (GMP) 5S.

Dalam pada itu, majlis berkenaan turut menyantuni kakitangan yang menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang MTIB 2022 melibatkan 38 penerima anugerah dan Anugerah Industri Perkayuan melibatkan 14 syarikat penerima anugerah.

 

Media Baharu