(Foto hiasan)
KOTA BHARU, 8 Jun- Mayat lelaki ditemukan dalam keadaan terlungkup di dalam sungai di Kampung Surau, Kota Bharu, semalam.
Mayat yang lengkap berpakaian itu dijumpai seorang pemancing yang sedang memancing sebelum memaklumkan kepada pihak berkuasa.
Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Mohd Rosdi Daud berkata, pihaknya menerima panggilan pada 9.33 pagi sebelum ke tempat kejadian.
Polis dengan kerjasama Angkatan Pertahanan Awam (APM) memindahkan mayat tersebut ke dalam bot sebelum dinaikkan ke Tambatan Diraja, Kota Bharu.
Katanya, mayat lelaki itu dibawa ke Unit Forensik Hospital Raja Perempuan Zainab II untuk dibedah siasat.
"HasilĀ bedah siasat mendapati punca kematian disebabkan lemas dan sampel darah mangsa dihantar ke Jabatan Kimia Terengganu untuk pemeriksaan toksilogi dan alkohol.
Mangsa dilaporkan keluar rumah pada 5 Jun lalu sebelum hilang dan mayat mangsa diserahkan kepada waris untuk urusan pengebumian," kata Mohd Rosdi kepada media di sini.
Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

(Foto hiasan)