fb fb fb fb fb

Prasarana diarah bentang laporan operasi setiap minggu

KUALA LUMPUR, 14 Februari- Pengurusan Prasarana Malaysia Berhad diwajib membentangkan laporan operasi sebagai indeks prestasi utama (KPI) mereka setiap minggu, kata Menteri Pengangkutan, Anthony Loke .

Beliau berkata laporan itu akan diumumkan secara terbuka kepada pelbagai pihak termasuk penumpang dan media.

"Cabaran itu disambut baik oleh pihak pengurusan. Mereka sudah berbincang beberapa parameter dan kita akan muktamadkan dalam masa terdekat.

"Saya akan buat pengumuman bagaimana laporan dibentang setiap minggu. Salah satu KPI yang saya letakkan bagi pengurusan Prasarana ialah melihat jumlah kerosakan dan gangguan yang dihadapi penumpang.

"Itu mesti kita bentangkan supaya keadaan itu mesti dikurangkan kerana kita akan kurangkan gangguan teknikal. Memang sekarang kita tahu hampir setiap bulan beberapa gangguan di LRT dan MRT. Itu kita mesti kurangkan dari masa ke masa," kata Anthony kepada pemberita selepas melancarkan 'Arts On The Move' di Transit Aliran Massa (MRT) Pasar Seni di sini.

(Prasarana diarah bentang laporan operasi setiap minggu)

Media Baharu