fb fb fb fb fb

Prasarana bakal terima 19 tren empat gerabak secara berperingkat - MOT

(FOTO BERNAMA)

PULAU INDAH, 20 Julai- Prasarana Malaysia Berhad bakal menerima 19 tren empat gerabak baharu bagi kegunaan Transit Aliran Ringan (LRT) Laluan Kelana Jaya.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong berkata penyerahan tren tersebut akan dibuat secara berperingkat mulai Julai 2023 hingga Disember 2024.

Jelas beliau, konsortium Alstom-Hartasuma telah membuat penyerahan fasa pertama, melibatkan lapan tren empat gerabak kepada Prasarana tahun lalu.

Konsortium tersebut dianugerahkan kontrak pembekalan, di bawah projek Kenderaan Tambahan Kuala Lumpur (KLAV 27) dengan peruntukan RM1.72 bilion pada 2017.

"Sekarang ini, ia dalam fasa terakhir. Kita akan menyiapkan segala proses dan melakukan ujian seperti mana yang disyaratkan. Setakat ini, kita baru terima lapan dan ada lagi 19 tren bakal kita terima secara berperingkat," kata Wee Ka Siong selepas mengadakan lawatan ke kilang Hartasuma di Pulau Indah, Selangor.

Tambahnya, Projek KLAV 27 turut melibatkan 45% pembabitan dan kepakaran tempatan sekali gus meningkatkan keupayaan negara dari segi teknikal dan mengurangkan aliran keluar modal.


(FOTO BERNAMA)

Media Baharu