fb fb fb fb fb

PPS tutup, 19 keluarga dibenar pulang ke kediaman

(FOTO FAIL)

BALING, 30 Julai - Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Dewan Terbuka Kampung Padang Empang, Kupang ditutup pada pukul 10.00 pagi tadi.

Timbalan Pegawai Pertahanan Awam Daerah Baling, Leftenan (Pertahanan Awam) Dzulhaidy Mohd Khalil berkata 58 penduduk daripada 19 keluarga terjejas telah dibenarkan pulang ke rumah masing-masing berikutan keadaan cuaca yang baik.

(Jambatan sementara di Kampung Iboi yang ditutup berikutan limpahan itu juga
telah dibuka semalam)

"Hujan lebat selama tiga jam menyebabkan air sungai meningkat sehingga melalui Jambatan Bailey. Jambatan sementara di Kampung Iboi yang ditutup berikutan limpahan itu juga telah dibuka semalam," katanya.

PPS tersebut dibuka Khamis lalu berikutan kawasan penempatan penduduk dilanda banjir kilat akibat limpahan Sungai Kupang.

Media Baharu