fb fb fb fb fb

Ops Tapis 5.0 Bersepadu: 353 tahi dadah, 16 antaranya 'tokan' dicekup Polis Kedah

ALOR SETAR, 30 Julai- 16 pengedar dadah antara 353 individu yang ditahan berkaitan kesalahan penyalahgunaan dadah dalam Ops Tapis 5.0 Bersepadu sekitar Kedah.

Timbalan Ketua Polis Kedah Datuk Mohd Roze Shaari menerusi kenyataannya memaklumkan kesemua suspek ditahan dalam operasi selama tiga hari bermula 27 Julai lalu.

Pengedar-pengedar dadah terbabit ditahan dibawah Akta Dadah Berbahaya Langkah-Langkah Pencegahan Khas LLPK 1985.

Sementara itu, operasi bersepadu tersebut turut disertai Jabatan Pengangkutan Jalan JPJ dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan AADK di beberapa lokasi terpilih di Kedah.

Tumpuan penguatkuasaan kepada pemandu lori perdagangan dan pemandu bas di sekatan jalan raya.

Hasil ujian air kencing, 32 individu ditahan kerana positif dadah .

Suspek ditahan dibawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 3(1) Akta Penagih dadah Rawatan dan Pemulihan 1983.

Sepanjang operasi itu juga, polis mengeluarkan 936 saman dan JPJ 336 saman atas pelbagai kesalahan trafik.


Foto Ihsan Polis Kedah

Media Baharu