fb fb fb fb fb

Keluarga Malaysia wajib bersatu padu

KUALA LUMPUR, 30 Julai- Konsep Keluarga Malaysia yang dipelopori Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sangat bertepatan dengan peristiwa Maal Hijrah.

Tokoh Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan tahun ini, Tan Sri Othman Mustapha berkata penyatuan dan isu berkaitan umat Islam dalam konsep berkenaan perlu dibudayakan.

(Othman Mustapha)

Tidak kira fahaman mahu pun agama, kepelbagaian perlu dirai untuk mewujudkan masyarakat aman dan sejahtera.

"Amat tepat sekali dengan cetusan idea Perdana Menteri, gagasan Keluarga Malaysia kerana ini fokusnya adalah penyatuan masyarakat Malaysia.

"Jadi kita lihat di situ harus bersatu padu walaupun kita pelbagai etnik, bangsa dan agama kita wajib bersatu padu, kalau tidak kita akan lemah dan runtuh," katanya.

Beliau menyatakan demikian dalam rancangan terbitan RTM di Angkasapuri.

Berita berkaitan
Bekas Ketua Pengarah JAKIM dinobat tokoh Maal Hijrah Kebangsaan 1444H/2022M

Media Baharu