fb fb fb fb fb

300 hadiri majlis sambutan Maal Hijrah 1444H peringkat Labuan

LABUAN, 30 Julai- Majlis sambutan Maal Hijrah 1444H peringkat Labuan 2022 berlangsung di Masjid Jamek An-Nur Labuan.

Majlis diimarahkan dengan bacaan doa akhir tahun 1443H dan Doa Awal Tahun 1444H, serta solat Maghrib dan Isyak berjemaah.

Program turut diisi dengan ceramah khas Maal Hijrah bertajuk 'Hijrah Menuju Syurga', yang disampaikan oleh Timbalan Mufti Wilayah Persekutuan, Jamali Mohd. Adnan.

Dalam ceramah ini, umat Islam diajak untuk berhijrah ke arah kebaikan ummah dan negara, serta menegakkan ajaran Islam sebenar.

Pada masa sama, umat Islam juga diseru agar tidak lupa membaca kitab Al-Quran bagi menimbulkan keinsafan, selain memahaminya sebagai panduan hidup seharian.

Hadir sama, Ahli Dewan Negara, Senator Datuk Bashir Alias, dan Ahli Parlimen Labuan, Datuk Rozman Isli.

Hampir 300 orang menghadiri majlis ini terdiri daripada pemimpin masyarakat, ketua-ketua jabatan kerajaan, dan penduduk setempat.

Sambutan tahun ini bertemakan 'Keluarga Malaysia Pemangkin Kemakmuran'.


(Ahli Parlimen Labuan, Datuk Rozman Isli (tengah) dan Ahli Dewan Negara,
Senator Datuk Bashir Alias (kiri) 
turut hadir pada majlis sambutan  
Maal Hijrah 1444H peringkat
Labuan 2022 berlangsung di Masjid Jamek An-Nur Labuan)

Media Baharu