fb fb fb fb fb

PPS di Manjung ditutup sepenuhnya

Foto fail/RTM

IPOH, 3 November -Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di daerah Manjung ditutup sepenuhnya susulan keadaan cuaca dan lokasi bencana disahkan selamat.

Menurut Pegawai Daerah Manjung, Shamsul Ridzuan Idris, PPS Sekolah Rendah Agama Rakyat Padang Serai yang telah beroperasi sejak Jumaat lepas telah ditutup tengah hari tadi.

"Hasil pemantauan pihak berkuasa, kesemua penduduk terjejas banjir dilaporkan telah pulang ke rumah masing-masing dan tiada lagi kawasan yang memerlukan penempatan sementara," menurutnya menerusi satu kenyataan.

TETITIA YUSOFF