fb fb fb fb fb

Portal rasmi SPRM ditambah baik papar status kes berprofil tinggi, perhatian awam

GEORGE TOWN, 29 September- Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan menambah baik portal rasminya dengan memaparkan status kes-kes yang menjadi perhatian orang awam termasuk kes berprofil tinggi,menurut Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki.

Langkah itu bagi membolehkan masyarakat mengikuti perkembangan terkini sesuatu siasatan dan kes dikendalikan SPRM yang dibawa ke mahkamah.

Kata beliau pihaknya bertanggungjawab memastikan masyarakat memahami aktiviti atau operasi yang dilaporkan.

"SPRM memikirkan kaedah yang lebih baik daripada kaedah yang sedia ada. Antaranya yang difikirkan oleh SPRM adalah selain daripada menambah baik, menyebar luas daripada media sosial kami ialah melalui portal SPRM. Kemungkinan kita akan pilih kes-kes yang menjadi tumpuan masyarakat dengan meletakkan garis masa bagi kes berkenaan untuk masyarakat melayari portal dan melihat kepada status kes-kes berkenaan. Mungkin dari peringkat siasatan pendakwaan ataupun kes berkenaan telah pun ditutup setelah didapati tiada kesalahan yang berlaku," kata Azam dalam temu bual di konti Mutiarafm.

(Tan Sri Azam berkata portal rasmi SPRM ditambah baik papar status kes berprofil tinggi,
perhatian awam)

Perjumpaan mesra bersama pihak media zon utara ini adalah yang kali terakhir pada tahun ini.

Objektifnya meningkatkan silaturahim dan kolaborasi bersama pihak media yang banyak menyumbang dan membantu menyebar luas mesej antirasuah dan juga aktivit-aktiviti SPRM kepada masyarakat.

Berhubung salah laku dalam kalangan penjawat awam Azam menjelaskan, isu ini perlu diperincikan melalui kerjasama daripada ketua jabatan dan perlu ditangani bersama.

Katanya, usaha memerangi jenayah rasuah membabitkan penjawat awam merupakan tanggungjawab bersama.

Media Baharu