fb fb fb fb fb

Buang sampah merata-rata punca banjir, tindakan tegas menanti - KASA

KUALA LUMPUR, 29 September-Kerajaan akan mengambil tindakan segera kepada mana-mana pihak yang tidak bertanggungjawab membuang sampah merata-rata sehingga menyebabkan berlakunya banjir kilat.

Jelas Menteri Alam Sekitar dan Air (KASA), Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man, saliran dalaman tidak dapat berfungsi dengan baik kerana dipenuhi sampah-sarap.

"Tular satu video di Johor ada sebuah lori, pemandunya berhenti diatas jambatan dan membuang seguni sampah besar ke dalam sungai. Saya fikir ini sangat tidak berakhlak," kata Tuan Ibrahim kepada RTM selepas menghadiri Taklimat Kesiapsiagaan JPS Dalam Menghadapi Monsun Timur Laut (MTL) 2022/2023, di ibu negara.


(Menteri KASA, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man)


Turut hadir Ketua Setiausaha KASA, Datuk Seri Ir Dr Zaini Ujang.

Tegas beliau, orang ramai perlu cakna bahawa isu sampah yang menyebabkan banjir kilat ini perlu dipantau bersama.

Media Baharu