fb fb fb fb fb

Portal Micro-credentials: Langkah proaktif dukung pembelajaran sepanjang hayat

(Datuk Seri Dr Noraini Ahmad)

CYBERJAYA, 3 Jun- Pelancaran portal Micro-credentials yang dibangunkan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) antara langkah proaktif ke arah mendukung Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH).

Menteri Pengajian Tinggi (KPT) Datuk Seri Dr Noraini Ahmad berkata, portal tersebut juga boleh dijadikan sumber rujukan utama berkaitan pendidikan fleksibel kepada pelajar dan calon pelajar dari dalam dan luar negara.

"Saya difahamkan bahawa Portal Micro-credentials ini bakal memberikan kemudahan kepada IPT untuk membuat semakan lanjut mengenai Micro-credentials khususnya bagi tujuan pemindahan kredit calon pelajar sebelum menganugerahkan mereka kelayakan akademik," katanya ketika berucap dalam Majlis Pelancaran Portal Micro-credentials MQA di sini.

Katanya, inisiatif pembangunan laman web ini bukan hanya ditumpukan kepada perluasan akses, tetapi juga menekankan aspek kualiti bagi maksud memudah cara pengiktirafan kepada pelajar.


(Majlis Pelancaran Portal Micro-credentials MQA di Cyberjaya)


Pada masa sama, beliau turut menyarankan Institut Pengajian Tinggi (IPT) mengeratkan lagi kerjasama dan sinergi penawaran micro-Credentials dengan MQA.

Ia bagi memastikan kesemua garis panduan dan prinsip ekosistem micro-Credentials dapat diperkukuh berlatarkan kepada Kerangka Kelayakan Malaysia (MQF).

Katanya lagi, micro-Credentials turut diangkat sebagai antara perkara kerjasama pendidikan dalam Konsortium Universiti UK-Malaysia yang dianggotai 16 universiti terkemuka di United Kingdom serta 20 universiti awam di Malaysia.

Media Baharu