fb fb fb fb fb

Polis Terengganu lupuskan pelbagai jenis dadah bernilai RM2.2 juta

KUALA TERENGGANU, 17 Oktober - Polis Kontinjen Terengganu melupuskan pelbagai jenis dadah bernilai RM2.2 juta dan ia merupakan rampasan sejak 25 tahun lalu yang selesai melalui proses perundangan.

Timbalan Ketua Polis Terengganu, Datuk Wan Rukman Wan Hassan berkata, pelupusan kali ini membabitkan 4,258 kertas siasatan di tujuh daerah bermula tahun 1997 sehingga tahun ini.

Kesemua dadah yang dilupuskan adalah barang kes yang sudah mendapat kebenaran mahkamah untuk dilupuskan.

Dadah yang dilupuskan adalah pil yaba, syabu, heroin, ganja, ubat batuk, daun dan air ketum, eramin 5, dan pil ekstasi.

Kes tangkapan membabitkan suspek sudah dijatuhkan hukuman mengikut Akta Dadah Berbahaya ADB 1952 dan Akta Racun 1952.

(Timbalan Ketua Polis Terengganu, Datuk Wan Rukman Wan Hassan menunjukkan pelbagai jenis
dadah yang dilupuskan) 

"Daripada tahun 1997 hingga 2022, tetapi bukanlah bermakna kes dari tahun 1997 itu, banyak, semua, mungkin ada antara kes-kes tahun 97 itu yang kita baru selesai, baru dapat arahan, jadi kebanyakannya kes yang tahun 2000 banyak kes, tapi bila kita periksa rekod masih ada kertas siasatan tahun 97,98 yang belum selesai, jadi apabila selesai kita campur sekali untuk kita lupuskan," kata beliau ketika ditemui selepas Program Program Pelupusan Barang Kes Narkotik Terengganu 2022 di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Terengganu, di sini.

Kesemua dadah yang dilupuskan diserahkan kepada Syarikat Kualiti Alam Sdn Bhd, yang mempunyai lesen bagi mengendalikan barang buangan berjadual untuk tujuan pelupusan.

Media Baharu