fb fb fb fb fb

KPDNHEP rampas minyak masak bersubsidi bernilai lebih RM50,000

KUALA LUMPUR, 17 Oktober- Sebanyak 855 kotak minyak masak bersubsidi disita Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP). Serbuan turut melibatkan Pasukan Gerakan Am dan PDRM.

Pengarah KPDNHEP Kuala Lumpur, Ariffin Samsudin berkata rampasan itu hasil dua serbuan berasingan sekitar ibu kota.

Beliau berkata jumlah kedua-dua sitaan itu dianggarkan bernilai RM50,587.50.

Kes disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 kerana disyaki menyimpan barang kawalan tanpa lesen sah.

Empat lelaki warga tempatan dan seorang lelaki warga asing dicekup. Turut disita sebuah lori dan tangki boleh ubah.


(Pengarah KPDNHEP Kuala Lumpur, Ariffin Samsudin)

Media Baharu